Harga Minyak Tembus Rekod Terbaru Lagi

1,533

Keputusan OPEC+ telah mendorong harga minyak mentah lebih tinggi ketika pasaran menuju sesi dagangan penghujung minggu.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan meningkat 59 sen pada $67.34 sen, sementara WTI Amerika Syarikat pula menokok 61 sen pada $64.41 setong.

Kedua-dua penanda aras melonjak lebih 4% pada hari Khamis selepas keputusan OPEC+, membawanya ke tahap tertinggi 13 bulan.

OPEC+ memutuskan untuk melanjutkan komitmen pemotongan pengeluaran minyak mentah semasa sehingga bulan April, dengan memberikan pengecualian kecil kepada Rusia dan Kazakhstan.

Mesyuarat OPEC+ seterusnya akan berlangsung pada 1 April, di mana isu mengenai tahap pengeluaran akan dibincangkan semula.

Lebih mengejutkan pasaran lagi adalah apabila pengeksport minyak utama Arab Saudi juga berjanji untuk mengekalkan pemotongan pengeluaran sukarelanya sebanyak 1 juta tong sehari untuk satu bulan lagi.

OPEC+ telah mengurangkan output sebanyak 9.7 juta tong sehari pada tahun lalu ketika permintaan terjejas teruk akibat pandemik.

Sehingga bulan Mac, ia masih menahan sekitar 7 juta tong sehari, iaitu sekitar 7% dari permintaan dunia. Pemotongan sukarela Arab Saudi menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 8 juta tong sehari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat