Harga Sambung Turun Lagi, GBP/USD Terus ‘Terluka’

333

Harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD menyambung penurunan lebih rendah pada dagangan Khamis semalam ekoran pengukuhan yang dipamerkan oleh US dolar menambahkan tekanan buat Pound yang sedia melemah sejak minggu lalu lagi.

Laporan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang masih berlegar di paras tertinggi 40 tahun sudah dijangka untuk menyuntik semula momentum pengukuhan US dolar dalam pasaran.

Sementara Pound pula, pelabur menilai bacaan beberapa data ekonomi UK yang diterbitkan pada sesi Eropah semalam khususnya bacaan pertumbuhan ekonomi untuk suku pertama yang secara keseluruhannya memaparkan bacaan yang suram.

Setelah penurunan harga melepasi paras 1.22800 pada Rabu lalu, dagangan semalam menyusur lebih rendah di sekitar paras 1.21700 walaupun penurunan harga tidaklah begitu ketara, namun kekal mencatatkan paras terendah terbaru 2 tahun.

Masih memberi isyarat pergerakan trend bearish, harga pada carta GBP/USD bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Penganalisis melihat kecenderungan adalah untuk harga meneruskan penurunan lebih rendah lagi di penghujung minggu dengan paras sasaran berikutnya adalah pada 1.2100 yang menjadi zon support harga pada dagangan Mei 2020 lalu.

Namun kebarangkalian untuk berlaku kenaikan harga di penghujung minggu membuatkan pelabur berwaspada terhadap risiko perubahan arah pasaran.

Jika harga melonjak semula di atas paras 1.22800, kenaikan yang diteruskan bakal menguji zon SBR (support become resistance) pada 1.2400 yang merupakan rintangan penting harga minggu ini.

Kenaikan lebih tinggi untuk isyarat perubahan trend bullish yang lebih jelas akan mendorong jangkaan untuk harga meningkat menuju zon rintangan pada 1.2600.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat