Harga Tenusu Merosot Selepas Naik Dua Kali Berturut-Turut Sebelum Ini

48

Data terbaru Indeks harga Global Dairy Trade (GDT price index) merekodkan penyusutan 3.2% dalam data yang dikeluarkan semalam, berbanding kenaikan sebanyak 1.30% sebelum ini. Harga keseluruhan susu tepung (Whole Milk Powder) pula susut 3.7%.

Data ini sama seperti data consumer price index (CPI). Perbezaannya ialah Indeks GDT hanya mengira perubahan harga barangan tenusu.

Harga masih lagi berada di atas paras tertinggi Mac 2015, dan keupayaan untuk harga terus berada di atas paras ini akan mempengaruhi sentimen dalam komoditi ini.

Kejatuhan dalam pengeluaran ini akan terus memberi tekanan kepada harga dalam jangka pendek. Jangkaan sebelum ini bahawa, industri tenusu di New Zealand ini akan melonjak semula pada 2017 menjadi kenyataan dengan peningkatan harga 1.30% sebelum ini.

Menurut Fonterra, jumlah pengambilan susu di New Zealand jatuh 5% sepanjang lapan bulan pertama sesi 2016/2017 dan meramalkan kejatuhan dalam kadar sama sepanjang tahun ini. Fonterra juga menyatakan pengeluaran susu di Eropah jatuh selama enam bulan berturut-turut.

Untuk rekod, New Zealand adalah pengeluar kelapan terbesar produk tenusu dunia. Disebabkan kebergantungan yang agak tinggi dalam produk tenusu, sebarang berita-berita negatif yang melibatkan pengeluaran produk tenusu akan memberi kesan kepada ekonomi New Zealand.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat