Harga WTI Kekal Di Atas $50, Adakah Komoditi Hitam Dalam Proses Pengetatan?

34

Pasaran minyak mentah didagang tinggi hari ini, kekal berhampiran paras tertinggi beberapa bulan lalu yang dicapai pada minggu lepas berikutan angka pelantar minyak mingguan US yang jatuh, dan jumlah penapisan minyak yang terus meningkatan selepas berhenti sementara akibat badai Harvey.

Harga minyak West Texas Intermediate (WTI) berada di paras $50.42 setakat jam 11 pagi, 2 sen di bawah harga pembukaan hari ini, namun masih tutup di paras tertinggi di atas $50 setong yang dicapai pada minggu lalu, melepasi paras tertinggi dua bulan yang lepas.

Minyak mentah brent yang menjadi tanda aras harga minyak diluar US pula didagangkan pada harga $55.73 setong, naik 11 sen dan kekal di sekitar paras tertinggi lima bulan lalu, $55.99.

ANZ bank berkata, “Jangkaan peningkatan permintaan minyak oleh OPEC dan IEA… terus memulihkan sentimen pasaran. Penapisan juga dilaporkan pulih lebih baik selepas ribut melanda baru-baru ini”.

Penapisan minyak di kawasan pantai Mexico dan Caribbean telah beroperasi semula selepas terpaksa  ditutup akibat ribut Irma dan Harvey, yang telah melanda kawasan tersebut sejak tiga minggu lalu.

Royal Dutch Shell Deaar Park antara pusat penapisan terkini yang pulih di Texas dengan kadar penapisan 325,700 tong sehari.

“Hal ini menjadi pentanda kepada pertumbuhan industri minyak US yang memberangsangkan. Angka pelantar minyak US turut jatuh mendadak minggu lepas”, tambah ANZ lagi.

Syarikat tenaga Baker Hughes US menutup 7 pelantar minyak pada minggu yang berakhir 15 September lalu, menjadikan jumlah jatuh kepada 749, paling sedikit sejak Jun yang lepas.

Walaupun pasaran menunjukkan petanda-petanda kearah pengetatan, penganalisis tetap memberi amaran bahawa perubahan pasaran akibat ribut baru-baru ini menyukarkan jangkaan terhadap tempoh bertahan permintaan dan penawaran berdasarkan fundemental ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat