Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia Melonjak 4.1% Tahun Ini

268

‘Pengeluaran Malaysia meningkat bermakna ada peluang untuk ekonomi bertambah baik?’

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan lonjakan 4.1% dalam pengeluaran perindustrian negara pada bulan Mei tahun ini berbanding tempoh sama 2021.

Menurut laporan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) bulan Mei 2022, sektor pembuatan mencatat peningkatan 6.9% dan sektor elektrik pada 2.8% sementara sektor perlombongan mengurang 4.9%.

Jelas Ketua Perangkaan Negara, Uzir Mahidin, sungguhpun mengalami lonjakan namun asas bulanan IPI menurun 1% ekoran berlakunya penurunan dalam komponen pembuatan dan perlombongan.

Merumuskan inti pati laporan tersebut,

  • Pengeluaran sektor pembuatan meningkat 6.9% pada Mei 2022 berbanding catatan 6.2% semasa April 2022, dengan subsektor:
    • Elektrik dan elektronik naik 15.5%.
    • Kelengkapan pengangkutan dan produk pembuatan lain tambah 12.4%.
    • Produk galian bukan logam, logam asas dan produk logam fabrikasi canak 5.2%.
  • Pertumbuhan sektor pembuatan pula didorong lonjakan pada:
    • Industri berorientasikan domestik yang berkembang 8.7% ekoran pengeluaran kenderaan bermotor, treler dan separa treler serta pembuatan produk pemprosesan makanan.
    • Industri berorientasikan eksport yang meraih 6.1% rentetan pengeluaran komputer, elektronik, produk optik, kimia dan produk kimia.
  • Pengeluaran sektor perlombongan merosot 4.9% pada Mei 2022 apabila:
    • Harga minyak mentah jatuh 6.7%.
    • Indeks gas asli susut 3.6%.
    • Indeks perlombongan turun 0.6%.
  • Pengeluaran sektor elektrik mengembang 2.8% pada Mei 2022 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya manakala dari segi perbandingan bulan ke bulan, indeks elektrik naik 1.5%.

Dalam pada itu, IPI bagi tempoh Januari ke Mei 2022 pula mencatat pengembangan 4.4% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat