Inflasi Terus Menekan Rakyat Sepanyol! Ini Langkah Terbaru Di Ambil Oleh Perdana Menteri!

131

Sepanyol pada hari Selasa mengumumkan pakej rangsangan bernilai 10 bilion euro ($10.65 bilion) untuk mengurangkan tekanan inflasi dalam pakej utama ketiga tahun ini, menjadikan jumlah bantuan kepada 45 bilion euro sejak awal 2022.

Sepanyol, seperti negara Eropah lain yang turut bergelut dengan krisis kos sara hidup. Dimana krisis ini bertambah parah akibat kesan perang di Ukraine terhadap harga tenaga.

Pakej itu termasuk bonus sebanyak 200 euro untuk kira-kira 4.2 juta isi rumah dengan pendapatan tahunan sehingga 27,000 euro dan lanjutan pemotongan cukai untuk bil tenaga ke separuh pertama tahun depan, lapor Perdana Menteri Pedro Sanchez.

Pakej itu mengikuti pengumuman yang senada pada Mac dan Jun yang lalu, dimana ianya bantuan langsung, pemotongan cukai, pinjaman mudah dan kawalan sewa.

Langkah-langkah itu, ditambah dengan perjanjian yang dirundingkan dengan Kesatuan Eropah adalah untuk meletakkan had harga gas untuk pengeluaran elektrik kepada 6.7% pada bulan November, kadar terendah dalam blok EU 27 negara.

Inflasi yang perlahan telah dibantu oleh kejatuhan mendadak dalam harga elektrik, yang menurun sebanyak 22.4% daripada tahun sebelumnya pada bulan November. Namun harga makanan terus menekan pendapatan isi rumah Sepanyol, meningkat 15% pada Oktober dan November berbanding tahun sebelumnya.

Kerajaan berkata ia akan mengurangkan cukai nilai tambah ke atas makanan asas seperti roti, keju, susu, buah-buahan dan sayur-sayuran serta bijirin kepada 0% daripada 4%. Pasta dan minyak masak akan dikurangkan VAT sebanyak separuh hingga 5%, kata Sanchez.

Sanchez juga mengumumkan lanjutan 12 bulan ke atas subsidi untuk perjalanan kereta api, komuter dan had kenaikan sewa. Bagaimanapun, rebat harga petrol untuk pengguna kecuali sektor pengangkutan akan dihentikan.

Beliau berkata bantuan yang diberikan setakat ini telah membantu Sepanyol mencatat pertumbuhan ekonomi yang kukuh tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat