Inflasi UK Mencanak Lagi, Tapi GBP/USD Menjunam Ke Bawah!

156

Menjadi tumpuan pada awal sesi Eropah semalam adalah terbitan data inflasi UK apabila indeks harga pengguna dilaporkan kembali melonjak ke paras tertinggi 40 tahun semula, meningkat kepada 10.1% berbanding sebelum ini yang sedikit menurun kepada 9.9%.

Situasi ini turut mencetuskan kebimbangan terhadap pasaran global apabila risiko inflasi yang tinggi masih lagi sukar untuk ditangani oleh ekonomi-ekonomi utama.

Namun, bacaan inflasi UK yang tinggi tersebut dilihat gagal untuk merangsang pengukuhan nilai Pound dalam pasaran semalam. Berkemungkinan pelabur masih belum meletakkan keyakinan dengan ketidaktentuan politik di UK di bawah pemerintahan Perdana Menteri Liz Truss.

Sementara, US dolar pula didagangkan kukuh kembali semalam dengan kenyataan oleh ahli-ahli Federal Reserve (Fed) yang masih bernada hawkish terhadap pengetatan dasar bank pusat yang dijangka berterusan sehingga ke penghujung tahun ini.

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD dilihat meneruskan corak penurunan harga semalam selepas isyarat awal perubahan arah harga pada Selasa lalu.

Penurunan harian sekitar 170 pips telah dicatatkan pada Rabu semalam dengan isyarat pergerakan bearish harga dinilai apabila harga telah bergerak susut di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Harga mula perlahan di sekitar paras tumpuan 1.12000 di penghujung sesi New York sehingga bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Khamis) dengan jangkaan corak penurunan bakal diteruskan lagi.

Untuk jangkaan penurunan lanjut harga, paras tumpuan seterusnya adalah pada 1.11000 sebelum zon RBS (resistance become support) pada 1.09000 akan jadi sasaran berikutnya buat harga.

Namun, jika harga berjaya membuat lantunan semula dari paras semasa 1.12000, rintangan awal yang dilihat akan menjadi perhatian harga adalah pada 1.13000.

Melepasi semula halangan MA50 akan memberi isyarat awal perubahan trend bullish sebelum kenaikan harga diteruskan menuju zon rintangan 1.15000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat