Ini 2 ‘Catalyst’ Yang Dinantikan Pemilik Shiba Inu!

4,539

Shiba Inu ($SHIB) kini sedang membuat pembetulan harga dan kini didagangkan pada julat $0.00007-$0.000075 dan mencari pemangkin lain untuk meneruskan lonjakan yang dicapai sebelum ini.

Komuniti SHIB percaya bahawa penyenaraian dagangan di Robinhood boleh menjadi pemangkin yang sangat diperlukan untuk Shiba Inu untuk naik ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu. Walaubagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan daripada syarikat fintech tersebut.

Namun sejak akhir-akhir ini timbul ura-ura bahawa satu lagi bursa kripto terkemuka telah memutuskan untuk menyenaraikan $SHIB di tengah-tengah peningkatan popularitinya. Kraken menyiarkan satu tweet yang menyatakan jika mereka mendapat lebih 2,000 ‘like’ maka mereka akan menyenaraikan $SHIB.

Setakat ini, Tweet itu telah memperoleh lebih 60K like. Kebanyakkan berpendapat bahawa tweet tersebut lebih kepada gimik pemasaran kerana untuk mencapai hal tersebut adalah sesuatu yang mudah buat Kraken.

Disisi lain, Binance telah mengumumkan pasangan dagangan $SHIB/$DOGE untuk membantu peniaga memindahkan wang mereka dengan mudah antara dua kripto meme.

Shiba Inu kini menduduki pada tangga kesembilan dalam jumlah pasaran pada bulan Oktober kerana lonjakan harga hampir 1,000%. Lonjakan tetap berlaku walaupun Elon Musk mendedahkan beliau tidak memegang sebarang $SHIB.

Shiba Inu secara relatifnya merupakan kripto baharu dalam pasaran kripto kerana ia mula wujud pada tahun 2020 dan menjadi popular hanya selepas kenaikan besar Dogecoin pada suku pertama 2021. Sebagai aset kripto meme, harganya bertindak balas kepada berita pasaran dan penyenaraian Kraken akan pasti memberikan momentum.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat