Ini Antara Faktor Sebabkan Pergerakan Matawang Suram Di Awal Minggu

1,120

Pergerakan mata wang dijangka terus perlahan sehingga ke sesi New York memandangkan cuti di Amerika Syarikat membantutkan suasana dalam pasaran untuk bergerak lebih agresif.

Dolar greenback memaparkan aksi suram selepas meningkat pada akhir dagangan minggu lalu, menyaksikan indeks dolar terus berlegar di sekitar harga 95.12 berbanding pesaing utamanya.

Data pertumbuhan ekonomi China yang lebih baik dari jangkaan malangnya gagal mempengaruhi pergerakan besar oleh mata wang sensitif risiko, dolar Aussie dan kiwi.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 4.0% pada suku keempat (Oktober-Disember) daripada tahun sebelumnya berbanding jangkaan peningkatan 3.3%, tetapi menurun dari suku ketiga yang dicatatkan pada 4.9%.

Kegagalan dolar Aussie dan kiwi untuk meningkat mungkin disebabkan prospek suram terhadap pertumbuhan ekonomi China akan datang yang kini dijejaskan oleh penularan Omicron yang semakin meluas di banyak kawasan.

Sementara mata wang Eropah pula masih lagi berlegar di sekitar harga yang sama, di mana euro didagangkan pada 1.1400, pound pada 1.3670 berbanding US dolar.

Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde memberitahu pada hari Jumaat bahawa mereka bersedia untuk mengambil langkah yang diperlukan untuk mengawal inflasi kembali ke sasaran 2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat