Ini Jadi Pada Saham AS Pada Awal Minggu!

631

Permulaan dagangan minggu akhir bulan Ogos menyaksikan pasaran saham Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan.

Indeks Dow Jones Industrial meningkat 213.08, atau 0.62% untuk ditutup pada 34.559.98, S&P 500 naik 0.63% kepada 4,4331.31 dan Nasdaq pula menokok 0.84% untuk menutup sesi New YOrk pada 13,705.13.

Ketiga-tiga indeks berada dalam kerugian pada bulan Ogos, dengan S&P 500 jatuh 3.4%, manakala Nasdaq dan Dow pula susut kira-kira 4.5% dan 2.8%.

Meta dan Apple didagangkan lebih tinggi dengan masing-masing meningkat 1.67% dan 0.8%. Manakala Nvidia pula menokok 1.78% dan saham Tesla naik 0.1%.

Dow Jones pula disokong oleh prestasi kukuh saham 3M, yang melonjak sebanyak 5% di tengah-tengah laporan tentang penyelesaian tuntutan mahkamahnya.

Pasaran saham jatuh rendah pada hari Jumaat susulan ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell memberi indikasi untuk lebih banyak kenaikan kadar faedah dalam usaha memerangi inflasi.

Namun, pada masa yang sama bank pusat akan meneruskannya dengan berhati-hati dengan kenaikan tambahan dalam kadar faedah.

Susulan daripada itu, pelabur kini melihat satu lagi kenaikan kadar faedah oeh bank pusat akan dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.

Dalam pada itu, pelabur kekal berwaspada pada minggu ini yang bakal dipenuhi dengan data-data berimpak tinggi seperti keluaran dalam negara kasar (KDNK), perbelanjaan peribadi pengguna dan pekerjaan NFP Amerika Syarikat.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat