Ini Jangkaan Penganalisis Terhadap Matawang GBP Selepas Brexit!

836

Matawang pound sterling akan meningkat lebih 3% berbanding US dolar pada tahun ini, disokong oleh perbezaan kadar faedah dan optimisme terhadap pengunduran UK dari Kesatuan Eropah (EU) untuk berjalan lancar, menurut hasil tinjauan Reuters.

Berita-berita mengenai Brexit setakat ini telah banyak mempengaruhi dagangan matawang pound, malah melonjak lebih 2% selepas Perdana Menteri Boris Johnson memperoleh kemenangan besar ketika pilihan raya pada Disember, mendorong keyakinan pasaran terhadap pengunduran UK secara teratur adalah pasti.

Matawang pound telah mengalami kemerosotan sejak PM Johnson menunjukkan isyarat untuk memilih jalan sukar dalam rundingan perdagangan dengan EU. Beliau bertegas untuk tidak melanjutkan tempoh peralihan sekali gus telah meningkatkan kebimbangan terhadap no-deal Brexit akan berlaku.

Bagaimanapun, hasil tinjauan Reuters menunjukkan hampir 60 penganalisis pertukaran asing berpandangan bahawa matawang pound akan mengalami peningkatan kepada $1.32 akhir bulan ini berbanding USD ketika UK keluar daripada EU pada 31 Januari dan meningkat kepada $1.35 menjelang akhir tahun 2020.

Kenaikan nilai matawang pound juga dikatakan disokong oleh jangkaan pengembangan fiskal yang lebih meluas, ketegangan perdagangan AS dan China berkurangan serta pemulihan global dalam data ekonomi menunjukkan Bank Pusat England (BOE) akan terus bertahan.

Kebanyakan bank pusat utama dunia pada tahun lepas telah mengurangkan kadar faedah masing-masing, termasuk tiga kali pemotongan kadar oleh Federal Reserve A.S, tetapi berbeza pula dengan BOE yang mengekalkan kadar faedahnya pada tahap 0.75%.

BOE dijangka tidak akan mengurangkan kadar faedahnya sekurang-kurangnya sehingga tahun 2020, sementara Bank Pusat Eropah (ECB) yang melonggarkan dasarnya pada 2019, dijangka akan mengekalkannya sehingga dua tahun akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat