Ini Jawapan Sektor Perkhidmatan Kewangan Terhadap Isu Brexit

553

Pada hari Isnin, laporan kaji selidik suku tahunan sektor perkhidmatan kewangan Britain terhadap kebimbangan Brexit telah diterbitkan.

Kaji selidik oleh Gabungan Industri British (CBI) dan PwC telah meninjau 100 firma di seluruh sektor kewangan UK. Laporan tersebut mendapati satu pertiga daripada jumlah bank yang ditinjau mengatakan mereka “tidak begitu yakin” untuk melaksanakan rancangan Brexit menjelang Mac. Mereka juga bimbang tentang status kontrak rentas sempadan semasa tempoh peralihan hingga akhir tahun 2020.

Perjanjian peralihan yang akan bermula pada Mac akan datang dengan Britain meninggalkan Kesatuan Eropah belum lagi dapat memberikan pengesahan secara pasti dalam undang-undang firma kewangan.

Masa hadapan hubungan perdagangan EU-UK dalam perkhidmatan kewangan, yang merupakan salah satu sektor ekonomi Britain yang paling penting juga belum lagi dipersetujui. Kekurangan penjelasan telah mendorong bank dan syarikat insuran yang beroperasi di Britain membuka hab di EU.

“Brexit terus memacu ketidakpastian di kalangan pemain sektor, bermula dari pengusaha kecil kepada oemin pasaran,” kata Andrew Kail, ketua perkhidmatan kewangan di PwC.

Pada minggu lepas, Bank of England telah menolak kritikan daripada perbankan Kesatuan Eropah dengan membantah tindakan Kesatuan Eropah (EU) kerana mempertaruhkan risiko bahawa £29 trilion ($ 38 trilion) derivatif yang dimana mungkin tidak dapat diperdagangkan selepas Mac tahun hadapan.

Menurut pakar ekonomi, “agar sektor kewangan terus menarik pelaburan dan mewujudkan pekerjaan, kerajaan harus bekerja keras dengan Brussels bersetuju terhadap perjanjian unik yang dapat mengembangkan sektor itu selepas Brexit,” katanya.

Soal selidik tersebut turut jumlah perniagaan tidak berubah dalam tempoh tiga bulan hingga awal Jun, walaubagaimanapun ia dijangka meningkat dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat