Sentimen Terkini Pasaran Kewangan Pada Sesi Dagangan Asia

499

Matawang euro menyusut dalam pembukaan perdagangan Asia selepas Canselor Jerman menghadapi tantangan apbila menteri dalam negeri menyatakan beliau bersedia untuk meletak jawatan berikutan polisi migrasi.

Menteri Dalam Negeri, Horst Seehofer berkata beliau bersedia untuk meletak jawatan sebagai menteri dan sebagai ketua kesatuan Sosial Kristian (CSU), rakan sekutu junior dalam kerajaan Merkel.

Pada awalnya matawang euro mengukuh pada paras tertinggi 1.1698 namun matawang tersebut mula menjunam kerana pasaran melihat perletekan jawatan Seehofer dapat membawa ketidaktentuan pada arah tuju masa hadapan Merkel.

Pengukuhan matawang Euro pada hari Jumaat berikutan pementeraian perjanjian antara pemimpin-pemimpin Kesatuan Eropah mengenai perjanjian migrasi, dimana pelabur mengharapkan hal itu akan mengurangkan tekanan ke atas Merkel.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama mengukuh sebanyak 0.23 peratus kepada 94.45 setakat jam 9.40 pagi.

Pengukuhan US dolar adalah berikutan ekonomi US yang kukuh dan prospek kenaikan kadar faedah oleh the Fed.

Data pada hari Jumaat menunjukkan indeks harga perbelanjaan penggunaan teras utama (PCE), salah satu pengukur terhadap inflasi U.S., naik 2.0 peratus berbanding tahun sebelumnya, peningkatan erbesar sejak April 2012.

Walaubagaimanapun, para pelabur masih bimbang dengan dengan polisi perdagangan Trump yang dapat membawa kepada perang dagangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat