Pergerakan Pasaran Forex Setakat Pada Awal Sesi New York

695

Matawang-matawang Eropah adalah matawang terkuat setakat pada penghujung dagangan minggu ini dengan US dollar juga menjadi antara matawang yang lemah pada pembukaan sesi New York pada Jumaat.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding beberapa matawang lain membuat penurunan sebanyak 0.54% setakat pada pukul 9.57 malam.

Major pair  seperti EUR/USD setakat ini naik sehingga 0.64% dengan GBP/USD naik 0.58%. USD/JPY setakat ini membuat kenaikan sebanyak 0.23%, USD/CAD susut 0.45% dengan USD/CHF jatuh 0.38%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing membuat kanaikan sebanyak 0.59% dan 0.46% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah GBP dan Euro, manakala matawang paling lemah adalah, JPY. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair GBP/JPY dan EUR/JPY masing-masing naik 0.86 dan 0.88% setakat ini.

GBP dan Euro kedua-duanya disokong oleh data ekonomi yang memberangsangkan pada petang tadi.

Inflasi Zon-Eropah mencapai paras 2 peratus buat pertama kali sejak setahun yang lalu berikutan peningkatan harga produk tenaga dan makanan di wilayah itu. Hal ini dijangka akan meningkatkan lagi potensi untuk European Central Bank (ECB) untuk meneruskan perancangan pengetatan polisi monetari Zon-Eropah di masa akan datang.

Pertumbuhan ekonomi di Britain pula mencatatkan bacaan melebihi daripada jangkaan dengan pertumbuhan 0.2% mengatasi ramalan 0.1%.

Para penganalisis juga berpendapat bahawa pergerakan sejak Rabu juga banyak dipengaruhi oleh faktor berakhirnya tempoh kewangan suku kedua tahun 2018.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat