Ini Kepentingan Insurans Kesihatan Ketika Hadapi Pandemik

335

Berikutan dengan penularan wabak coronavirus di seluruh dunia, majoriti individu mula sedar akan kepentingan pelan perlindungan kesihatan atau dikenali sebagai insurans. Hal ini demikian kerana wabak tersebut telah mencetuskan pelbagai isu yang tidak dijangka bahkan menyebabkan krisis ekonomi dunia sekaligus mengakibatkan ramai individu kehilangan sumber pendapatan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Hayat Malaysia Mark O’Dell, malang itu tidak berbau. Sesiapa sahaja boleh dimasukkan ke hospital kerana penyakit yang dihidapi. Tambahnya lagi, peruntukan dana syarikat bagi masalah kesihatan para pekerja berkemungkinan tidak mencukupi. Oleh itu, kita perlu bertindak segera dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyediakan pelan perlindungan kesihatan yang sesuai.

Selain itu, insurans kesihatan ini dapat membantu ketika dunia berhadapan dengan krisis seperti wabak pandemik. Kebanyakan hospital milik kerajaan tidak mampu lagi untuk menampung jumlah pesakit yang terlalu ramai. Jadi, pilihan terakhir yang dimiliki ialah mendapatkan rawatan di hospital swasta. Umum mengetahui bahawa pembiayaan kesihatan di hospital itu agak mahal jika anda tidak mempunyai insurans kesihatan.

Tambahan daripada itu, anda diingatkan supaya segera mendapatkan pelan perlindungan kesihatan sebelum terlambat. Mengapa? Potensi bagi seseorang untuk mendapatkan perlindungan insurans perubatan setelah mereka disahkan menderita penyakit jangka panjang adalah tipis.

Di samping itu, insurans kesihatan juga penting bagi melindungi kewangan seseorang yang menghidapi penyakit kronik seperti barah, strok atau pun ditimpa kemalangan.

Kesimpulannya, anda perlu bersedia pada bila-bila masa sahaja kerana malang tidak berbau. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan!

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat