Ini Mungkin Peluang Trader Untuk ‘SELL’ USD/CAD

1,039

Pelabur akan menjangkakan matawang dolar Kanada untuk mengukuh dalam pasaran disebabkan faktor reaksi sensitive terhadap pasaran minyak mentah.

Ini adalah kerana laporan penurunan ketara pada inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) yang menjunam sehingga 8.3 juta tong pada minggu lalu, mengatasi jangkaan penganalisis yang hanya menjangkakan penurunan sekitar 2.1 juta tong.

Penurunan inventori minyak AS ini akan mendorong permintaan lebih banyak komoditi hitam itu dalam pasaran. Sekaligus akan turut menyokong pengukuhan Loonie, berikutan minyak mentah merupakan eksport utama Kanada.

Namun begitu, pelabur akan menantikan keputusan mesyuarat oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bersama rakan sekutu untuk membincangkan langkah lanjutan pemotongan pengeluaran.

Juga menjadi tumpuan utama untuk dagangan Loonie adalah keputusan mesyuarat bank pusat Kanada (BOC) dalam menetapkan kadar faedah serta polisi monetari. Dijangka pergerakan harga akan lebih agresif pada sesi New York.

Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD, harga yang cuba membuat kenaikan hanya berjaya ke paras 1.36450 sebelum mendatar dan turun semula di bawah paras 1.36200 yang menjadi zon resistance harga.

Penurunan diteruskan pada dagangan Rabu dan mula bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta USD/CAD pada sesi Eropah.

Isyarat awal trend bearish harga ini akan mendorong jangkaan untuk harga turun lebih rendah menuju semula ke zon support sekitar 1.35000 untuk mencatatkan paras terendah mingguan.

Sebaliknya jika harga kembali membuat kenaikan semula, zon resistance 1.36200 akan cuba ditembusi dan jika kenaikan berjaya diteruskan, zon resistance pada 1.37000 akan menjadi destinasi tumpuan harga yang seterusnya.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat