Ini Pandangan Presiden ECB Terhadap Ekonomi Semasa Eropah

228

Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde berjanji akan terus memberi sokongan kewangan untuk ekonomi di tengah-tengah penutupan coronavirus dan kerajaan mesti melakukan perkara yang sama.

Menurut Lagarde, peningkatan baru dalam kes Covid-19, varian baru virus dan tindakan pencegahan yang ketat, membawa risiko penurunan yang signifikan terhadap aktiviti ekonomi Zon Eropah.

Walaupun kadar inflasi Eropah telah menunjukkan peningkatan memberangsangkan pada bulan Januari, namun ia dijangka akan kekal di tahap yang rendah. Jadi, dasar monetari dan fiskal sangat penting untuk terus berjalan dalam membantu menyokong ekonomi Eropah.

Selain itu, Presiden Lagarde turut mengatakan walaupun prospek terhadap pemulihan masih tidak menentu, tetapi permulaan kempen vaksinasi di seluruh Zon Eropah akan memberikan harapan baru buat ekonomi.

Ketika langkah-langkah sekatan diangkat semula dan ketidakpastian juga menurun, bank pusat mengharapkan pemulihan akan disokong oleh pembiayaan yang baik, dasar fiskal yang berkembang dan peningkatan dalam permintaan, kata Lagarde.

Bagi membuka jalan untuk pemulihan yang berterusan, Eropah perlu mengekalkan dan memperkuat langkah rangsangan yang terbukti begitu berkesan tahun lalu. Oleh itu, ECB komited untuk melaksanakan peranannya, sesuai dengan mandatnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat