Ini Pergerakan Matawang Menjelang Data Pembuatan AS

665

Dolar greenback kekal didagangkan stabil berbanding pesaing utamanya pada sesi Eropah, ketika pelabur menantikan penerbitan data pembuatan Amerika Syarikat untuk bulan Oktober pada malam ini.

Penanda aras hasil bon AS 10 tahun bergerak mendatar sekitar 1.5% setelah susut dari tahap 1.7% yang dicapainya pada akhir dagangan minggu lalu susulan data inflasi yang memberangsangkan.

Pada hujung minggu, para pemimpin dunia telah menyuarakan komitmen mereka untuk menyelesaikan isu mengenai gangguan bekalan global ketika sidang kemuncak G20 berlangsung.

Presiden AS, Joe Biden mengatakan bahawa mereka perlu bertindak sekarang, bersama-sama dengan sekutu dalam sektor swasta untuk mengurangkan masalah yang dihadapi.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diniagakan sedikit berubah pada 94.11.

Matawang pound merosot ke paras terendah sejak pertengahan Oktober sekitar 1.3668 berbanding US dolar yang kukuh.

Walaupun pelabur menjangkakan Bank Pusat England (BOE) akan mengumumkan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat polisi minggu ini, namun kemelut dalam isu pasca-Brexit membendung matawang itu daripada mencatatkan keuntungan.

Sementara itu, dolar Aussie diniagakan susut pada 0.7500 berbanding dolar greenback dengan tumpuan pasaran kini terarah kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Australia (RBA) pada hari Selasa.

RBA berada di bawah tekanan susulan peningkatan hasil bon April 2024 yang melebihi sasaran bank pusat. Pada akhir minggu lalu, ia memutuskan untuk tidak mempertahankan sasaran 0.1% untuk hasil bon 3 tahun, yang telah meningkat melebihi tahap 0.8%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat