Ini Pergerakan Pasaran Perlu Diketahui Trader Menjelang Ucapan Powell!

932

US dolar jatuh berbanding matawang utama pada hari Isnin menyebabkan keuntungan yang dikecapi sebelum ini berkurangan. Hal ini terjadi kerana hasil perbendaharaan berkurangan dan data yang kurang memberangsangkan.

Aktiviti pembuatan A.S berkembang pada kadar yang lebih perlahan pada bulan April yang disebabkan oleh kekurangan bekalan. Indeks US dolar telah susut sebanyak 0.4% keparas tukaran 90.88, merosot ke paras terendah 2 bulan.

Menurut penganalisis, Shaun Osborne berpendapat peningkatan besar US dolar pada hari Jumaat yang lalu telah menghentikan penjualan matawang, justeru kejatuhan ini adalah salah satu proses pembetulan.

Sentimen bearish terhadap dolar meningkat setelah penarikan balik singkat. Dolar turut jatuh berbanding euro pada hari Isnin setelah tinjauan menunjukkan pertumbuhan aktiviti kilang zon euro melonjak ke paras tertinggi pada bulan April, didorong oleh permintaan yang meningkat dan mendorong kenaikan pengambilan pekerja.

Disisi lain, Komen Luis de Guindos, naib presiden Bank Pusat Eropah,turut mendorong pengukuhan Euro. ECB akan menghentikan sekatan kawalan selepas proses vaksinasi diedarkan secara meluas.

Dolar Australia dan New Zealand lebih kukuh pada hari Isnin, walaupun tidak mencukupi untuk mengembalikan kerugian hari Jumaat.

Jerome Powell dijangka akan memberi ucapan pada awal pagi Selasa. Tumpuan pasaran kini terarah pada ucapan Powell.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat