Ini Perubahan Akan Dilakukan Biden Dalam Pakej Rangsangan Covid-19!

584

Presiden A.S. Joe Biden akan mengumumkan bahawa beliau akan membuat perubahan pada hari Isnin dalam pakej bantuan Covid-19 untuk perniagaan kecil yang tidak mendapat perhatian dalam bantuan sebelum ini.

Pegawai pentadbiran Biden mengatakan bahawa bermula pada hari Rabu ini, pentadbiran perniagaan kecil akan menerima permohonan pinjaman program perlindungan gaji (PPP) bagi syarikat-syarikat yang memiliki pekerja kurang daripada 20 pekerja dalam tempoh 2 minggu ini. Inisiatif ini adalah untuk memastikan syarikat kecil turut terbela.

PPP mula dilancarkan pada bulan April 2020 semasa dipuncak langkah ‘lockdown’ dilaksanakan. Pada ketika itu, PPP diletakkan di bawah pakej bantuan Covid-19 yang berjumlah $ 3 trilion. Fasa awal berjumlah $ 349 bilion telah digunakan dalam tempoh dua minggu, kemudian kongres meluluskan $ 320 bilion lagi pada bulan Mei. Walaubagaimanapun program tersebut ditamatkan pada bulan Ogos dengan 130 juta dolar dana berbaki.

Program ini dilancarkan semula pada 19 Januari dengan dana baru $ 284 bilion setelah diluluskan pada akhir bulan Disember 2020. Berdasarkan kajian dijalankan, pentadbiran Biden mendapati bahawa masih banyak syarikat kecil belum menerima bantuan.

Perubahan tersebut bertujuan untuk memudahkan syarikat yang tidak mempunyai pekerja, bekerja sendiri atau kontraktor bebas menerima bantuan.Pegawai tersebut mengatakan bahawa program ini juga akan memperuntukkan $ 1 bilion untuk perniagaan yang tidak memiliki pekerja di kawasan berpendapatan rendah dan sederhana.

Indeks US dolar kini didagangkan pada paras pertukaran 90.198 dengan susut 0.18% berbanding matawang utama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat