Apa Yang Terjadi Pada Bitcoin – Adakah Ini Mungkin Sekadar Umpan?

5,691

Harga Bitcoin merundum pada hari Isnin setelah melonjak ke paras tertinggi terbaru sehari sebelumnya. Penganalisis berpendapat bahawa penjualan ekuiti global mengekang selera para pelabur dan para pelabur juga mengambil posisi ‘long’ dalam pasaran kripto.

Bitcoin telah jatuh sebanyak 8% di bawah $53,000. Kejatuhan hari ini merupakan kejatuhan terbesar harian dalam sebulan. Sebelum ini harga bitcoin turun sebanyak 7.5% pada paras harga $ 53,177.

Pada bulan lepas, sebanyak 31.54% pembetulan berlaku ke atas Bitcoin bermula pada ketinggian $42,000 (8 Januari) kepada $28,883 (22 Januari) sebelum kembali melonjak pada awal Februari.Pada hari Ahad, harga bitcoin telah melonjak ke paras tertinggi $ 58.354, dengan peningkatan hampir 100% pada tahun ini. Modal pasaran Bitcoin juga meningkat kepada $ 1 trilion pada hari Jumaat.

Bagi Ethereum pula, setelah kenaikan kukuh nilai Ethereum (ETH) di atas zon $1,300, harga meneruskan kenaikan melepasi paras-paras rintangan utama sehingga menyaksikan harga berada di atas paras rintangan $1,780. Walaubagaimanapun kripto itu turut mengalami correction dengan penurunan sebanyak 8.7%.

Kenaikan besar harga Bitcoin lebih dari $ 50,000 telah didorong oleh tanda-tanda bahawa ia mendapat penerimaan dalam kalangan pelabur dan syarikat utama seperti Tesla Inc dan Mastercard Inc sehinggalah BNY Mellon.

Joseph Edwards dari Enigma Securities, melihat ada kecenderungan pembetulan kecil akan terus berlangsung pada minggu, namun ia baik untuk prospek masa hadapan.Tambahan pulan sebelum ini Elon Musk ada memuat naik tweet bahawa harga bitcoin dan Eth sudah agak tertinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat