Seperti Dijangkakan! Ini Yang Terjadi Pada Pound

1,089

Perdana Menteri UK Boris Johnson mengumumkan rancangan beliau untuk mengangkat sekatan di England pada hari Isnin.

Pelonggaran sekatan akan dilakukan melalui empat langkah dengan tempoh minimum lima minggu antara setiap peringkat.

Langkah pertama akan menyaksikan sekolah-sekolah di England dibuka semula pada 8 Mac, sementara aktiviti reakreasi di tempat awam juga akan dibenarkan dengan syarat hanya dua orang yang dibenarkan.

Menjelang 29 Mac, rakyat tidak lagi diwajibkan untuk tinggal di rumah tetapi akan dinasihatkan untuk terus berkerja dari rumah di mana untuk meminimumkan pergerakan.

Langkah kedua memerlukan pelonggaran sekatan yang lebih jauh, dengan kedai-kedai yang dikategorikan sebagai tidak penting, akan dibuka semula mulai 12 April.

Menjelang 21 Jun, kerajaan berharap dapat menghapuskan semua sekatan sosial dan membolehkan semua sektor ekonomi dibuka semula.
Pengumuman oleh PM Boris Johnson ini disambut baik oleh pelabur dan telah mendorong dagangan matawang pound untuk melonjak lebih tinggi dan mengukuh di paras ketinggian terbaru hampir tiga tahun.

Pound sterling telah mempamerkan kenaikan lebih tinggi sejak awal tahun ini, dibantu oleh pelaksanaan vaksinasi yang meluas di UK. Lebih daripada satu perempat penduduknya telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin coronavirus.

Ini dapat dibuktikan daripada data yang menunjukkan kes harian di UK mencatat penurunan mendadak dari 68,000 pada bulan Januari kepada 9,800 kes pada hari Ahad baru-baru ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat