Ini Sebab Euro Tiba-Tiba Menguat, Data Inflasi Zon-Eropah Melonjak

63

Data inflasi Zon-Eropah (CPI-inflation) melonjak ke paras 1.9% dari 1.5% sebelum ini dan jika dibandingkan dengan jangkaan pasaran hanya meramalkan kenaikan 1.8%.

Data inflasi teras (core-inflation) pula naik mendadak dari 0.7% bulan lepas kepada 1.2% dan lebih tinggi dari jangkaan pasaran 1.0%. Ini merupakan bacaan tertinggi sejak 2013.

Penyumbang tertinggi bagi kenaikan inflasi kali ini tidak lain tidak bukan ialah komponen bahan api yang merekod kenaikan harga 7.5% dalam masa 12 bulan sehingga Mac 2017. Sebelum ini data hanya merekod kenaikan 7.4% dengan kenaikan harga makanan sebanyak 1.5%.

Data inflasi pada Mac yang tinggi banyak disumbangkan oleh faktor perayaan tahun lepas dan juga harga bahan api rendah ketika itu.

Presiden ECB Mario Draghi dalam kenyataan semalam mengekalkan pendirian ‘dovish‘ dalam inflasi Zon Eropah. Bank pusat mengatakan mahu menunggu bukti-bukti bahawa inflasi bergerak ke arah 2% sebelum membuat sebarang perubahan dalam rangsangan monetari semasa.

Data secara keseluruhan akan meningkatkan jangkaan bahawa ECB mungkin mengubah sedikit polisi atau sekurang-kurangnya panduan (guidance) pada mesyuarat Jun khususnya dengan kenaikan ‘core-CPI‘.

Matawang Euro bergerak tinggi secara signifikan dengan kenaikan hampir 90 pip sejak tiga jam lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat