Pertumbuhan Ekonomi UK Naik 0.3% Kurang Dari Jangkaan Pasaran 0.4%

49

Pertumbuhan ekonomi UK meningkat sebanyak 0.3% pada suku pertama 2017 berbanding jangkaan pasaran 0.4% dalam tempoh tiga bulan tersebut. Data pertumbuhan suku keempat 2016 sebelum ini merekodkan kenaikan 0.7%.

Jika dilihat kepada komponen data pertumbuhan ekonomi kali ini, sektor perkhidmatan semakin perlahan dengan kenaikan 0.3% dari 0.8% sebelum ini dengan kelemahan dari jualan runcit dan sektor perhotelan berikutan impak kenaikan harga yang menekan perbelanjaan. Sebaliknya, sektor perkhidmatan perniagaan mencatat kenaikan 0.7%.

Terdapat kenaikan 0.3% dalam pengeluaran industri di UK dengan sektor pembinaan dan pertanian juga menyumbang kenaikan walaupun sedikit. Sektor pembuatan adalah yang paling banyak menyumbang dari kesemua komponen lain dengan kenaikan 0.5%.

Bank of England akan mengeluarkan ramalan ekonomi terkini dalam mesyuarat akan datang iaitu anggaran yang terbaru dalam pertumbuhan ekonomi dan inflasi. Dalam laporan yang dikeluarkan pada Februari, bank pusat menjangka pertumbuhan naik 2.0% pada 2017.

Sebarang perubahan kepada ramalan pertumbuhan ekonomi akan meningkatkan tekanan kepada Bank of England mengurangkan rangsangan polisi monetari. Data terkini pertumbuhan dijangka akan mengurangkan sebarang jangkaan ramalan pertumbuhan khususnya dengan perbelanjaan runcit yang lemah.

Tiada sebarang reaksi yang signifikan kepada matawang GBP (Great Britain Pound).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat