Ini Sebab Mengapa USD/JPY Menjunam Lagi Lebih 200 Pips Pagi Ini

2,951

Dollar USD menunjukkan pengukuhan nilai matawangnya pada sesi pasaran Eropah dagangan Rabu semalam berbanding EURO dan Sterling, melangkah kanan untuk permulaan dagangan tahun baru, namun masih gagal menyaingi matawang safe-haven Yen yang memegang status matawang terkuat dalam pasaran buat masa ini. Pengukuhan Yen adalah berikutan daripada faktor kebimbangan pasaran terhadap pertumbuhan ekonomi global serta ketidaktentuan dalam pasaran kewangan semasa. Suasana pasaran yang berisiko masih kekal dirasai oleh para pelabur apabila laporan berkenaan syarikat Apple Inc telah mengurangkan sasaran jualan untuk suku tahun terbaru setelah penjualan produk iPhone di China mencatatkan angka yang rendah.

Di samping faktor-faktor tersebut yang mempengaruhi sentimen dalam pasaran, pergerakan turun naik harga dengan perbezaan jarak yang besar berlaku pada dagangan semalam adalah berikutan kecairan yang rendah dalam pasaran sementara Jepun masih bercuti sempena perayaan tahun baru. Oleh itu, pasaran melihatkan pergerakn turun naik harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY sehingga hampir 500 pips sejak semalam di mana pada awal pembukaan sesi pasaran Asia dagangan Khamis, USD/JPY terus menjunam lagi sehingga lebih 200 pips menyambung penurunan yang dilakukan semalam.

Pemain pasaran menyimpulkan pergerakan berskala besar tersebut sebagai “flash crash” bagi matawang utama yang lain berbanding Yen yang didorong oleh faktor teknikal. Penganalisis pasaran berpendapat nilai matawang Yen untuk jangka masa panjang akan terus mengukuh dan didagangkan stabil.

Perkembangan pada zon Eropah pula, data perkilangan PMI yang dikeluarkan petang semalam ditafsirkan sebagai bacaan yang lemah. Aktiviti perkilangan dilihat bergerak perlahan di Eropah dan Asia pada Disember berikutan ketegangan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China mendorong kepada permintaan yang perlahan dan sekaligus menjejaskan pengeluaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat