Ini Sebab Yen Turut Lemah Walaupun Dikategorikan Sebagai Matawang Safe-Haven

496

Dalam suasana pasaran berisiko atau sentimen risk-off, kebimbangan pelabur akan mendorong untuk aset safe-haven yang lebih selamat menjadi tarikan. Pelabur akan keluar dari pasaran yang berisiko tinggi oleh itu permintaan terhadap matawang safe-haven meningkat.

Namun, jika diperhatikan pergerakan harga bagi matawang Yen yang dikategorikan sebagai safe-haven, Yen gagal mengekalkan momentum pengukuhannya seperti sebelum ini.

Ini adalah kerana ekonomi Jepun sendiri turut terkesan oleh penularan wabak novel Coronavirus COVID-19.

Sektor perkilangan di Jepun merosot. Sektor perkhidmatan telah menguncup pada kadar terpantas hampir 6 tahun pada bacaan data bulan Februari. Ancaman wabak Coronavirus telah menolak ekonomi Jepun ke arah kemelesetan, dan telah mengurangkan keyakinan terhadap pemulihan domestik.

Tekanan terhadap ekonomi ketiga terbesar dunia itu semakin meningkat semenjak beberapa minggu kebelakangan ini ekoran sentimen pengguna dan perniagaan memaparkan kejatuhan ekoran kemerosotan ekonomi China sebagai ekonomi terbesar Asia.

Bank of Japan (BOJ) telah menyatakan persediaan untuk lanjutan pelonggaran polisi bagi menyokong kestabilan ekonomi dan kewangan.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dalam ucapannya menyebut bahawa Jepun telah bersedia dengan pakej rangsangan bertujuan untuk mengimbangi risiko di bawah bajet tambahan dalam belanjawan fiskal tahunan seterusnya.

Beliau turut menyatakan kerajaan akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan penularan wabak COVID-19 tidak memberi kerosakan terlalu besar buat ekonomi Jepun.

Faktor-faktor tersebut telah menghadkan permintaan yang tinggi terhadap matawang Yen walaupun penularan wabak Coronavirus COVID-19 dilihat semakin buruk.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat