Ini Sentimen Terkini Pasaran Matawang Pada Sesi Eropah

478

Pengukuhan matawang pound berbanding dolar USD diteruskan sehingga ke sesi Eropah, disokong oleh keyakinan yang semakin meningkat terhadap lebih banyak rangsangan fiskal akan dilakukan oleh kerajaan UK selepas perlantikan Rushi Sunak sebagai Menteri Kewangan UK yang baru.

Walau bagaimanapun, rundingan perdagangan antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) yang akan bermula Mac depan, kekal menjadi tumpuan utama pasaran. Laporan-laporan utama mengenai hubungan UK dan EU dijangka bakal memberi kesan kepada matawang itu.

Dolar euro yang memulakan dagangannya minggu ini dengan diniagakan hampir di paras terendah sejak April 2018, kembali mempamerkan peningkatan berbanding USD pada sesi Eropah.

Sementara pasaran masih dilanda kebimbangan terhadap impak coronavirus, langkah rangsangan yang dilaksanakan oleh China pada hari ini sedikit sebanyak telah melegakan para pelabur.

People’s Bank of China (PBOC) telah menyuntik 200 bilion yuan China melalui program satu tahun Fasiliti Pinjaman Jangka Masa Sederhana (MLF). Operasi tersebut akan dilaksanakan dengan kadar 3.15% daripada 3.25% pada operasi sebelum ini.

Selain itu, Bank pusat China pula menyuntik sebanyak 100 bilion yuan China menerusi 7 hari program perjanjian belian balik (Reverse Repos).

Berikutan itu, ia telah menyokong dolar Aussie untuk didagangkan meningkat berbanding US dolar sebelum kembali menyusut apabila memasuki sesi Eropah.

Kiwi pula diniagakan mendatar berbanding USD susulan kenyataan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern memberitahu bahawa pertumbuhan ekonomi negara itu dijangka bertumbuh lebih perlahan pada tahun ini akibat terkesan oleh wabak coronavirus.

Menurut Ardern, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) New Zealand diunjurkan berkembang antara 2% hingga 2.5% daripada unjuran awal untuk pertumbuhan sebanyak 2.2% hingga 2.8%. Namun begitu, beliau masih melihat bahawa ekonomi akan kembali pulih pada separuh kedua tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat