Isu Minyak Mentah Ini Bukan Isu Main-Main

51

Harga minyak terus mengalami kerugian dari sesi sebelumnya selepas menurun ke angka lebih rendah dalam jangka masa 3 bulan. Peserta pasaran masih menanti keputusan mingguan terkini terhadap stok simpanan minyak mentah dah produk tapisan Amerika Syarikat.

Sementara itu, Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat dijangka akan mengeluarkan laporan mingguan pada hari Rabu. Jangkaan meletakkan penurunan sebanyak 2.3 juta tong.

Tambahan lagi, inventori petrol juga dijangka meningkat sebanyak 36,000 tong. Manakala stok produk sulingan, termasuk minyak pemanas dan diesel turut diramal meningkat kepada 714,000 tong menurut penganalisa.

Selepas pasaran ditutup pada hari Selasa, Institut Petroleum Amerika (API) berkata, inventori minyak Amerika Syarikat jatuh sebanyak 827,000 tong pada minggu berakhir 22 Julai. Sebaliknya, inventori produk sulingan termasuk diesel, melaporkan peningkatan sebanyak 292,000 tong.

Minyak mentah bagi penghantaran September di New York Merchantile Exchange merosot ke angka terendah iaitu $ 42.60 setong.

Sehari sebelum itu, minyak New York didagang pada $ 42.36.

Di ICE Futures Exchange di London, minyak Brent untuk penghantaran bulan Oktober susut 14 sen, atau 0.31%.

Brent futures yang diniagakan di London berada di bawah tekanan baru-baru ini akibat prospek peningkatan eksport dari Libya dan Iraq. Perkara ini menambah kebimbangan akibat lebihan produk akan mengurangkan permintaan minyak mentah.

Harga minyak turun hampir 15% sejak memuncak pada angka $ 50 pada awal Jun. hal ini disebabkan inventori petrol yang tinggi memburukkan pandangan terhadap pasaran minyak mentah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat