Jaga-Jaga! BTC Bakal ‘Volatile’ Semasa Data CPI!

315

“Pelabur rasa harga BTC akan naik atau turun masa data CPI nanti?”

Harga ibu segala mata wang kripto Bitcoin (BTC) pada masa ini tetap berlegar di bawah paras $28,000 susulan para pelabur sedang menunggu terbitan data Indeks Harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) pada hari ini.

Menurut Michael van de Poppe, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat perdagangan Eight berkata bahawa BTC masih berada dalam aliran menurun tetapi harga aset digital tersebut bakal melihat pergerakan volatile semasa data CPI.

Pun begitu, BTC berupaya pulih sekiranya berlaku perbezaan kenaikan harga dalam jumlah urus niaga, ujar Poppe lagi sambil menambah Games of Trades telah meramalkan aset digital itu akan menjunam drastik pada masa hadapan.

Selain rakan peniaga Crypto Toney memberi amaran tentang penurunan harga BTC, Poppe juga mendedahkan bahawa aset digital tersebut mungkin akan tergelincir sehingga $24,000 ataupun lebih bawah lagi.

Sementara dalam salah satu catatan blog Quicktake pada 10 Mei, mereka mencadangkan kepada pelabur untuk memberi perhatian pada paras sokongan $25,600 susulan kebanyakan pedagang telah beli BTC pada julat harga tersebut.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 0.74% pada paras $27,824 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $538 bilion tetapi masih mencatatkan penurunan 2.58% sepanjang minggu lepas.

Manakala kripto kedua terbesar Ethereum (ETH) pula raih sekitar 0.25% pada paras $1,852 dalam masa 24 jam lalu dengan volum dagangan $6 bilion, seterusnya Ripple (XRP) canak 0.60% pada $0.43 dan tergelincir 7.14% dalam tempoh tujuh hari lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat