Jangan Sampai Harga Minyak Jadi Negatif Sekali Lagi Sudahlah!

612

Dagangan komoditi hitam gagal meneruskan peningkatan dengan jatuh lebih 1% pada Rabu ekoran ancaman sekatan baru di Eropah disebabkan lonjakan kes Covid-19 dan laporan mengenai bekalan minyak mentah AS yang mengecewakan.

Inventori minyak mentah AS melonjak dengan ketara pada minggu lepas sebanyak 4.58 juta tong, menurut anggaran yang diterbitkan oleh Institut Petroleum Amerika (API) selepas kenaikan 584,000 pada minggu sebelumnya.

Permulaan sesi pasaran Asia menyaksikan penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent susut 1.5% kepada $40.59 setong, sementara WTI Amerika Syarikat pula jatuh 1.7% pada $39.91 setong.

Pada sesi dagangan sebelum ini, minyak mentah Brent mencatatkan peningkatan hampir 2%, manakala WTI Amerika Syarikat pula meningkat 2.6%.

Sementara itu, tekanan terhadap permintaan bahan bakar dunia semakin meningkat ketika Eropah dijangka akan mengumumkan beberapa perlaksanaan sekatan baru.

Terbaru, Presiden Perancis, Emmanuel Macron dikatakan akan mengumumkan penutupan di seluruh negara selama satu bulan pada hari ini bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Dalam pada itu, syarikat tenaga dan pelabuhan di sepanjang pantai bersiap sedia untuk menghadapi ancaman taufan Zeta yang sedang menuju ke Teluk Mexico.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat