Jatuh Lagi! Paras $1.1200 Kini Jadi Tumpuan Untuk EUR/USD

367

Keputusan minit mesyuarat FOMC yang berbaur hawkish sebelum ini terus mengukuhkan lagi cadangan daripada segelintir ahli Federal Reserve (Fed) yang berpendapat untuk melakukan langkah tapering lebih awal pada minit yang menjadi tumpuan pada terbitan awal pagi ini.

Ini turut membuktikan bahawa langkah itu berkemungkinan akan tercapai selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden kekal mencalonkan Jerome Powell sebagai Presiden Fed bagi penggal kedua.

Malapetaka terus menghantui mata wang Euro berikutan European Central Bank (ECB) memberi isyarat untuk tidak membuat pengetatan dasar polisi dan sama sekali mempengaruhi matawang Euro kekal lemah di samping risiko sekatan pergerakan yang bakal dilaksanakan di Eropah disebabkan peningkatan semula kes jangkitan Covid-19.

Menilai kepada harga pada carta pasangan matawang EUR/USD, harga tampaknya meneruskan corak downtrend untuk mengorak langkah dalam membuat rekod terendah terbaharu 2021 sekitar 1.11900.

Pergerakan harga juga dilihat hanya mencapai paras rintangan Moving Average 50 (MA50) sebelum terus kembali membuat penurunan sehingga melepasi paras sokongan 1.12000 pada penghujung sesi.

Penurunan itu turut kekal mengheret harga pada carta EUR/USD kekal menjunam dari paras tertinggi sekitar 1.22600 ketika penghujung Mei dengan menghasilkan terjunan lebih 1000 pips setakat hari ini.

Jangkaan berikutnya berkebarangkalian bakal melihat pergerakan harga mencuba untuk melepasi lagi zon sokongan 1.12000 dan mengatasi paras terendah tersebut untuk kekal menguji zon lebih rendah.

Yakni yang mana zon sokongan seterusnya bakal diperhatikan pada 1.11000 dan secara tidak langsung akan mengukuhkan petunjuk untuk harga mencatat prestasi duka sepanjang 3 minggu berturut-turut.

Namun jikalau pergerakan harga berupaya untuk memberi kejutan dalam membuat peningkatan pula, zon SBR (support become resistance) 1.13000 dijangka akan menjadi sasaran terdekat untuk dicapai.

Manakala peningkatan yang lebih tinggi mencapai zon SBR 1.14000 berkemungkinan akan dijadikan sebagai bayangan awal kepada pelabur untuk harga kembali mencatatkan prestasi cemerlang semula.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat