Jualan Runcit US Meleset Daripada Jangkaan Pasaran

123

Berdasarkan laporan pada hari ini, jualan runcit U.S mencatat peningkatan terbesar dalam tempoh 2 tahun 6 bulan pada bulan September. Hal ini disebabkan, peningkatan permintaan terhadap barangan pembuatan rumah dan kenderaan berikutan badai Harvey dan Irma.

Jabatan Perdagangan menyatakan jualan runcit meningkat 1.6% berbanding bulan lepas juga didorong oleh peningkatan harga minyak gasolin berikutan badai Harvey yang merosakkan loji-loji minyak di sekitar Gulf Coast.

Pada bulan lepas, jualan runcit mencatat peningkatan terbesar sejak Mac 2015. Data pada bulan Ogos yang dikaji semula, menunjukkan jualan runcit jatuh sebanyak 0.1% berbanding laporan sebelumnya mencatat kejatuhan 0.2%.

Jualan runcit meningkat 4.4% dari segi tahunan jauh mengatasi jangkaan pakar ekonomi sebanyak 3.1%.

Jualan barangan pembangunan dan tanaman meningkat sebanyak 2.1% pada bulan lepas, peningkatan tertinggi sejak bulan Februari berbanding bulan Ogos yang meningkat 0.6%

Jualan kenderaan pula meningkat 3.6% disebakan penduduk terpaksa mengganti kenderaan mereka yang rosak akibat badai yang melanda. Peningkatan ini juga merupakan peningkatan tertinggi sejak Mac 2015 diikuti 2.1% penurunan pada bulan Ogos.

Jika tidak mengambil kira jualan automobil, minyak gas, barangan pembuatan dan perkhidmatan makanan, jualan runcit meningkat sebanyak 0.4% pada bulan lepas berbanding bulan Ogos yang tidak menunjukkan perubahan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat