Penggerak Pasaran Tukaran Matawang (forex) Sepanjang Minggu Ini (09 – 13 Oktober)

99

Matawang greenback (US Dolar) gagal mengukuhkan kedudukannya minggu ini (9-13 Okt) walaupun dengan data average hourly earnings yang begitu positif semasa data NFP dikeluarkan minggu lalu. Walaupun dengan kecenderungan yang lebih positif selepas data NFP dikeluarkan pada 6 Oktober, US dolar terkesan dengan risiko geopolitik selepas data NFP diumumkan.

Risiko geopolitik antara US-Korea seakan menekan US dolar pada Isnin dengan kelemahan US dolar dapat dilihat sejak daripada awal minggu ini. US dolar melemah berbanding euro, gbp, kiwi, aussie dengan emas membuat kenaikan lima hari berturut-turut minggu ini yang menunjukkan kelemahan US dolar secara keseluruhan.

Tumpuan pasaran sepanjang minggu ini adalah kepada minit mesyuarat FOMC dan juga data inflasi US. Komen dovish dari beberapa ahli The Fed dan juga data inflasi yang meleset daripada jangkaan menyebabkan US dolar terus tertekan pada Khamis dan Jumaat.

Walaupun dengan beberapa komen hawkish dalam minit mesyuarat FOMC, pasaran fokus kepada komen Fed bahawa “beberapa ahli The Fed bimbang dengan inflasi yang rendah bukanlah hanya sementara”, kerana sebelum ini Fed sendiri menyatakan “kadar faedah yang rendah hanyalah sementara” dan kenyataan terbaru dari beberapa ahli Fed sedikit mengganggu jangkaan pasaran.

Walaubagaimanapun, potensi kenaikan kadar faedah The Fed masih berada di paras tinggi iaitu 80% yang menunjukkan kenaikan kadar faedah pada Disember ketika ini seakan begitu pasti.

Antara faktor yang perlu dilihat juga adalah kadar faedah jangka panjang US (US10 year-yield) yang kini berada di sekitar 2.275% selepas mencapai paras tertinggi 2.4% pada Jumaat (6 Oktober). Hasil-bon 10 tahun US ini merekod kejatuhan yang besar minggu ini walaupun The Fed dijangka menaikkan kadar faedah Disember.

Bagi matawang Euro, kenaikannya minggu ini disokong dengan risiko politik yang semakin reda di Spanyol dengan faktor kelemahan US dolar itu sendiri menolak euro lebih tinggi.

Sterling pula meneruskan kenaikan lima hari berturut-turut walaupun dengan risiko Brexit. Rundingan pusingan ke-lima dengan Kesatuan Eropah masih menemui jalan buntu. Namun, terdapat juga laporan bahawa EU mungkin akan memberikan tempoh peralihan selama 2 tahun kepada UK pada Khamis jika mereka memenuhi segala obligasi terhadap EU seperti yang dilaporkan oleh akhbar Jerman.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu ini kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu ini dan minggu lepas untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

02 – 06 Okober 09 – 13 Okober
Eur/Usd- 146 pip volatile Eur/Usd- Naik 161 pip
Usd/Jpy– 112 pip volatile Usd/Jpy–  Jatuh 115 pip
Gbp/Usd– jatuh 375 pip Gbp/Usd– Naik 262 pip
Usd/Chf- naik 159 pip Usd/Chf- Jatuh 102 pip
Usd/Cad– 150 pip volatile Usd/Cad– Jatuh 125 pip
Aud/Usd– jatuh 142 pip Aud/Usd– Naik 150 pip
Nzd/Usd– jatuh 168 pip Nzd/Usd– Naik 141 pip

 

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat ulasan keseluruhan pasaran sepanjang minggu ini.

Caixin servies PMI, China (Isnin)

Aktiviti perniagaan sektor perkhidmatan China bagi bulan September meningkat dengan kadar perlahan sejak 21 bulan lalu berikutan fasa perniagaan baru bertumbuh sangat perlahan.

German trade balance (Selasa)

Eksport Jerman mengatasi hasil import pada bulan Ogos, dengan perbezaan lebihan dagangan yang lebih ketara, menjadi bukti kepada pertumbuhan ekonomi terbesar kesatuan Eropah meningkat tinggi pada suku tahun ketiga.

UK manufacturing production (Selasa)

Pengeluaran pembuatan naik 0.4% bagi bulan Ogos berbanding jangkaan 0.2% dan data kaji semula untuk bulan Julai yang turun kepada 0.4%.

FOMC meeting minutes (Khamis)

Ahli-ahli yang terlibat akan terus meneliti beberapa data inflasi pada bulan hadapan sebelum membuat sebarang keputusan untuk menaikkan kadar faedah. Namun, kebanyakkan pembuat dasar melihat satu lagi kenaikkan kadar tahun ini.

US producer price PPI (Khamis)

Harga pengeluar (PPI) U.S meningkat bagi bulan September berikutan harga tenaga (minyak, gas) yang menunjukkan peningkatan yang besar dalam tempoh melebihi 2 tahun. Walaupun badai yang menimpa telah memberi kesan kepada data, namun terdapat indikasi bahawa harga pengeluar dan pasaran buruh semakin mengukuh. Hal ini, membolehkan Fed untuk meningkatkan kadar faedah sekali lagi pada bulan Disember.

US consumer price CPI (Jumaart)

Indeks harga pengguna (CPI) meningkat 0.5% pada bulan September, peningkatan kedua terbesar berturut-turut dalam tempoh 8 bulan. Namun peningkatan ini sedikit tersasar daripada jangkaan yang menjangkakan peningkatan sebanyak 0.6%.

US retail sales (Jumaat)

Jualan runcit U.S mencatat peningkatan terbesar dalam tempoh 2 tahun 6 bulan pada bulan September. Hal ini disebabkan, peningkatan permintaan terhadap barangan pembuatan rumah dan kenderaan berikutan badai Harvey dan Irma.

 

* Selamat berdagang kepada anda semua dan jangan lupa dapatkan buku analisis fundamental di sini*

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat