Justin Sun Pula Nak Beli FTX? Boleh Percaya Ke Ni!

657

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tron (TRX), Justin Sun meluahkan hasratnya untuk bekerjasama dengan syarikat kripto exchanger FTX sejurus selepas Binance membatalkan perjanjian pembelian syarikat tersebut.

Ulas Sun bahawa pasukannya telah lama bergabung bersama para pemegang TRX di FTX susulan syarikat tersebut mengalami masalah kecairan rendah dan kini beliau berkeinginan untuk membangunkan pasaran kripto dengan FTX.

Tambahnya lagi, pasukan TRX dan FTX akan berusaha sedaya upaya memikirkan alternatif bagi menyelesaikan kekangan kecairan berterusan yang mampu memberi kesan negatif kepada pembangunan industri serta para pelabur.

Rentetan itu, CEO FTX Sam Bankman-Fried meluahkan keterujaan di akaun Twitter miliknya dalam meramalkan jika Sun akan mengambil alih FTX dan bantu pulihkan semula ‘luka’ syarikat tersebut.

Hal ini berikutan kerana rekod kunci kira-kira FTX dan Alameda menyaksikan prestasi kurang memberangsangkan sungguhpun Binance memberi sokongan kepada syarikat tersebut.

Difahamkan bahawa sebelum ini Binance berkeinginan untuk membantu FTX, tetapi kemunculan isu-isu di luar kawalan telah mengakibatkan mereka tidak dapat memikirkan cara untuk pulihkannya.

Susulan itu, CEO FTX masih menantikan para pelabur yang berpotensi untuk membantu mengembangkan syarikatnya.

Malah, beliau turut memohon maaf kepada setiap penggunanya atas kejadian mengejutkan itu dan akan mengorak langkah secepat mungkin agar dapat melindungi para pelabur dan kakitangannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat