Kalau Dah Terjun Lebih 300 Pips, Minggu Ini Macam Mana Pula GBP/USD?

165

Penurunan mingguan sehingga lebih 300 pips telah dicatatkan pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD minggu lalu susulan reaksi pasaran terhadap keputusan mesyuarat bank pusat Federal Reserve (Fed) dan Bank of England (BOE).

Pada mulanya harga telah menunjukkan pergerakan positif dengan kenaikan yang bermula dari awal minggu sehingga mencatatkan paras ketinggian terbaru 6 bulan sekitar 1.24400.

Namun, setelah pelabur menghadam kenyataan hawkish oleh Pengerusi Fed, Jerome Powell susulan mesyuarat FOMC telah menyaksikan pengukuhan ketara US dolar dan menekan mata wang Pound.

Meskipun BOE turut menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas seperti Fed, namun Pound gagal untuk memulih.

Setelah terjunan mendadak, pergerakan harga pada Jumaat lalu dilihat lebih mendatar di bawah zon rintangan 1.22000.

Harga yang turut bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD sejak penghujung minggu lalu juga mencetus kecenderungan harga untuk susut lebih rendah pada minggu ini.

Sekiranya harga tetap gagal mencabar paras 1.22000, penurunan lanjut harga dilihat akan menguji pula paras 1.21000 pada zon RBS (resistance become support) terhampir itu.

Melepasi zon tersebut seterusnya menjangkakan harga boleh mencecah pula ke zon 1.20000 atau support 1.19400.

Namun jika harga berjaya melonjak lebih tinggi selepas melepasi rintangan 1.22000, harga berkemungkinan akan menuju ke paras 1.23000 dan isyarat perubahan trend akan dipantau.

Kenaikan lebih tinggi diteruskan dilihat akan menguji pula zon tumpuan pada 1.24000 dan berpotensi capai paras ketinggian terbaru lagi sekiranya US dolar alami penyusutan semula.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat