Ke Mana Arah Pergerakan Harga USD/CAD Hari Ini?

364

Dolar Kanada juga menjadi antara mata wang yang berjaya bertahan daripada mengalami susut nilai akibat pengukuhan US dolar di awal minggu.

US dolar kekal kukuh berikutan peningkatan pada hasil bon Amerika Syarikat (AS) dan jangkaan untuk pemulihan pantas ekonomi AS disokong perkembangan baik pakej rangsangan Joe Biden.

Dolar Kanada didagangkan stabil disokong oleh kebimbangan terhadap isu serangan pelabuhan minyak Arab Saudi pada Ahad.

Kementerian Tenaga Arab Saudi mengesahkan sebuah dron dari laut telah menyerah pelabuhan Ras Tanura. Namun serangan berjaya dipintas.

Walaupun serangan tersebut berjaya dipatahkan dan fasiliti pelabuhan dilaporkan tidak terjejas, harga minyak mentah telah pamerkan lonjakan sekaligus menyokong kenaikan nilai dolar Kanada.

Berikutan itu, dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD gagal untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi walaupun US dolar kekal bergerak kukuh.

Harga terhalang pada zon rintangan 1.27000 sebelum penurunan dipamerkan pada sesi New York semalam ke paras sekitar 1.26400.

Bersambung pada dagangan Selasa, harga masih bergerak mendatar dengan harga minyak mentah dilihat menyokong dagangan dolar Kanada mengimbangi pengukuhan US dolar.

Harga bergerak di bawah paras 1.26700 dan paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Pelabur akan berwaspada bagi dagangan dolar Kanada menjelang laporan data pekerjaan Kanada di penghujung minggu di samping perkembangan pasaran minyak kekal dipantau.

Jika harga membuat penurunan, paras sokongan harga dilihat pada 1.26300 dan 1.26000. Penurunan akan memberi isyarat awal untuk permulaan trend bearish pada carta USD/CAD.

Sekiranya harga membuat kenaikan melepasi zon rintangan 1.27000, paras ketinggian pada 1.27800 dilihat sebagai destinasi tumpuan harga seterusnya.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat