Ke Mana Hala Tuju EUR/USD Lepas Perlahan Di Malam Jumaat?

387

Matawang USD tampaknya sendu dan perlahan susulan hari cuti ‘Thanksgiving Day’ yang berlangsung pada semalam serta sama sekali telah membantaskan sedikit pengukuhan raja matawang itu ketika ini.

Namun pengukuhan USD masih dilihat setelah dipacu oleh kenyataan hawkish ketika minit mesyuarat FOMC yang mampu terus menyokong Federal Reserve (Fed) untuk mengetatkan dasar polisi.

Walaupun demikian, pelabur perlu berwaspada terhadap kebarangkalian tinggi akan berlaku aktiviti pengambilan untung (profit taking) di penghujung minggu dan menjelang kepada penutup November.

Menilai kepada harga pada carta pasangan matawang EUR/USD, harga dilihat bergerak perlahan dan mendatar pada sesi dagangan semalam (Khamis) untuk kekal didagangkan di zon sokongan 1.12000.

Namun pergerakan harga tampaknya seperti sedang ingin membuat percubaan dalam melepasi paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat kepada perubahan trend.

Penganalisis menjangkakan bahawa pergerakan harga pada sesi Eropah kelak dan bersambung ke sesi New York hari ini (Jumaat) kebarangkalian akan rancak dan akan melihat arah tuju harga yang sebenar.

Jikalau kenaikan harga berjaya berlaku, pelabur berkemungkinan bakal menantikan harga menuju ke zon sokongan sebelum ini yang kini menjadi zon SBR (support become resistance) 1.13000 untuk diuji.

Peningkatan yang lebih garang pula akan memperlihatkan pergerakan harga mencapai zon SBR pada 1.14000 dan sekali gus bakal menjadi bayangan yang jelas untuk harga kembali dengan trend bullish.

Sebaliknya paras terendah 2021 sekitar 1.11900 berkenaan dijangka akan digapai sebelum terjunan harga lebih rendah bakal berlaku yang kemungkinan akan mampu untuk cecah zon sokongan 1.11000.

Konklusinya penurunan harga menuju ke zon sokongan itu secara tidak langsung bakal menyaksikan isyarat trend bearish akan dikekalkan dan paras terendah terbaharu sejak Jun 2020 bakal tercipta lagi.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat