Artis Malaysia Muflis, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Bankrap Dan Kesan-kesannya

1,224

Beberapa hari yang lepas heboh tentang seorang artis Malaysia yang diisytihar muflis oleh Mahkamah Tinggi kerana tidak membayar cukai. Isu ini menjadi hangat selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertindak mengiklankan notis muflis di ruang akhbar pada 25 Mei lalu.

Artis tersebut mendakwa beliau tidak menerima sebarang notifikasi daripada LHDN. Tiada kenyataan lanjut daripada pegawai perhubungan awam lembaga hasil, namun hanya menasihati pelakon tersebut untuk hadir segera ke pejabat LHDN untuk perbincangan lanjut.

# Apakah itu Kebankrapan (Bankruptcy) ?

Secara ringkas, kebankrapan merujuk kepada proses di mana seorang peminjam diisytihar muflis melalui perintah Mahkamah.

# Bagaimana seseorang itu boleh diisytihar muflis?

Pemberi Pinjaman (Pemiutang)

  • Petisyen difailkan oleh pemiutang dengan kos hutang peminjam tidak kurang daripada RM30,000.
  • Tempoh berhutang tidak kurang daripada enam bulan
  • Tempoh peminjam bermastautin di Malaysia tidak kurang setahun
  • Hutang adalah jumlah yang boleh ditentukan dan perlu dibayar dengan segera atau kemudian.

Peminjam

Petisyen difailkan oleh peminjam sendiri, menjadikan dirinya bankrap bagi melindungi diri dari tuntutan pemiutang yang berlebihan dan perlu membayar RM1,500 kepada Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) bagi menampung kos pengurusan.

# Apakah kesan jika diisytihar muflis?

  • Hak milikan aset dan harta akan diserahkan kepada KPI kecuali yang disenarikan di bawah Seksyen 48(1)(a)(ii) Akta Kebankrapan 19
  • Segala hal ehawal dan liabiliti ditadbir oleh ketua pengarah (Peminjam harus membayar hutang mereka melalui KPI)
  • Pemberi pinjaman tidak boleh mengambil tindakan keatas harta peminjam kecuali dengan kebenaran mahkamah
  • Semua akaun simpanan akan ditutup dan segala transaksi akan disekat. (Perlu mendapat kebenaran mahkamah atau KPI untuk buat transaksi baru)
  • Tidak dibenarkan keluar negara kecuali dengan kebenaran bertulis daripada KPI atau mahkamah

# Apakah ada kebarangkalian seseorang individu diisytiharkan muflis tanpa pengetahuannya?

Soalan ini menarik bagi menjawab isu yang melanda artis tersebut. Jawapannya adalah YA. Seseorang boleh diisytihar muflis tanpa pengetahuannya kerana kemungkinan Notis Kebankrapan dan Petisyen Pemiutang dihantar ke alamat lama kerana individu tersebut tidak mengemaskini maklumat dengan jabatan yang berkenaan.

Dalam situasi ini, pemberi pinjaman diberi kebenaran undang-undang untuk menggunakan prosedur serahan ganti melalui pengiklanan di surat khabar dan peminjam atau penjamin dianggap telah menerima pemberitahuan kebankrapan tersebut.

# Kesimpulan

Jika anda telah diisytihar muflis, anda boleh terus ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) yang berdekatan bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bermula dengan penyerahan aset dan harta kepada KPI sehingga pembayaran hutang anda. Ingat jangan sesekali membayar secara langsung hutang anda kepada pemiutang jika notis muflis telah dikeluarkan kerana setiap transaksi anda perlu direkodkan oleh KPI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat