Kebimbangan BOE Jadi Kenyataan, Ekonomi UK Sekali Lagi Suram!

336

Peningkatan kos sara hidup yang tinggi tampaknya terus menekan ekonomi UK untuk mencatatkan pertumbuhan perlahan pada bulan Mac selepas menyaksikan pengguna mengurangkan perbelanjaan.

Menurut laporan yang didedahkan Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS), Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menguncup 0.1% daripada anggaran untuk tidak berubah dan pengembangan pada Februari 0.1%.

Ini juga bermakna ekonomi berkembang hanya 0.8% pada suku pertama, kurang daripada ramalan 1% oleh pasaran dan turut menurun dari 1.3% yang dicatatkan sebelumnya.

Walaupun pertumbuhan suku tahunan menunjukkan KDNK berada di atas paras para-pandemiknya, tetapi berikutan tekanan inflasi terburuk sejak tahun 1980, ekonomi dijangka kehilangan momentum dengan cepat dan mungkin merosot ke dalam kemelesetan.

Pada bulan Mac sahaja, sektor perkhidmatan dan pembuatan kedua-duanya memperlihatkan penyusutan dalam pengeluaran sebanyak 0.2%.

Bank Pusat England (BOE) pada minggu lalu meramalkan inflasi akan melebihi 10% pada bulan Oktober, iaitu lima kali ganda lebih tinggi daripada sasarannya sebanyak 2% dan pembuat dasar kini berusaha untuk mengawal kenaikan harga dengan pengetatan monetari.

Namun, hal ini telah menimbulkan ancaman besar buat pertumbuhan UK pada masa hadapan, di mana BOE mengunjurkan ekonomi hampir tidak berkembang sepanjang 2023 dan 2024.

Susulan penerbitan tersebut, mata wang pound susut ke paras terendah terbaharu dua tahun berbanding US dolar yang lebih kukuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat