Kebimbangan RBA Pada Pasaran Buruh, Gaji Dijangka Akan Meningkat Laju

47

Pasaran buruh Australia terus meningkat pada bulan Julai berikutan majikan telah menaikkan gaji selama lima bulan berturut-turut. Walau bagaimanapun, laporan lebih tertumpu kepada peningkatan pekerjaan sambilan yang menjadi kebimbangan pasaran sebelum ini.

Secara keseluruhan, Jabatan Statistik Australia melaporkan kadar pekerjaan meningkatan 27,900 bulan lepas, termasuk peningkatan pada kajian semula data bulan Jun kepada 20,000 pekerjaan. Jangkaan median analisis adalah sekitar 19,800.

Pada bulan Julai, jumlah pekerjaan tetap jatuh 20,300 kepada 8,342,300 diikuti dengan kajian semula data bulan Jun yang meningkat 69,300 lebih daripada jangkaan asal. Kadar pekerjaan sambilan pula meningkat 48,200 bagi bulan Julai selepas jatuh 48,000 pada bulan sebelumnya.

Kadar pengagguran di Australia jatuh 5.6% pada bulan lepas berbanding 5.7% data yang dikaji semula pada bulan Jun. Kadar permintaan pekerjaan pula meningkat 0.1% kepada 65.1%

Pasaran buruh di Australia mengukuh sepanjang tahun ini, menjadi tanda positif kepada perkembangan ekonomi. Walau bagaimanapun, Reserve Bank Australia (RBA) masih bimbang dengan kapasiti gantian yang ada dalam pasaran buruh menjadi punca kepada paras pendapatan masih rendah.

Masalah ini timbul apabila penawaran dan penerimaan terhadap pekerjaan sambilan lebih tinggi kerana kos dan pengurusan lebih stabil berbanding pekerjaan tetap. Namun begitu, keadaan sekarang dilihat semakin memihak kepada pekerjaan tetap yang mana akan menjadi penyokong kepada kenaikkan gaji di masa hadapan.

Penganalisis pasaran menjangkakan kitaran kenaikan gaji akan mula bergerak laju dalam masa yang terdekat, walaupun mungkin tidak berlaku pada pekerjaan berasaskan perkhidmatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat