Ragu Dengan Kenaikan Kadar Faedah Federal Reserve, Harga Emas Melonjak

76

Para pelabur mula mengambil peluang dengan mengangkat harga emas lebih tinggi berikutan kekeliruan terhadap keputusan perubahan polisi Fed menimbulkan keraguan pada kenaikan kadar faedah untuk tahun ini.

Harga emas di Comex New York Mercentile Exchange meningkat 0.73% kepada $1,292.35 per ounce setakat jam 11.35 pagi.

Minit mesyuarat Fed semalam menunjukkan perdebatan yang berterusan berkenaan kenaikan kadar faedah untuk tahun ini termasuk bantahan kepada kenyataan rasis Donad Trump di Virginia minggu lepas.

Perdebatan ini berlaku selepas laporan FOMC pada bulan Julai dibentangkan, dimana penggubal polsi bank pusat mengundi untuk kekalkan kadar faedah di antara 1% – 1.25%. Rumusan ini menujukkan inflasi akan ke arah 2% seperti yang disasarkan oleh Fed, namun masih belum pasti.

Loretta Mester, Presiden Fed dari Cleveland berkata walaupun ada bacaan harga barangan yang menurun tahun ini, tapi dijangka akan lebih stabil di masa hadapan dan turut menegaskan bank pusat perlu sentiasa meneliti data terbaru dan jangan bertindak pada hal yang bersifat sementara. Beliau juga menjelaskan kedua-dua kemungkinan berlaku, antara meningkatkan kadar atau mengekalkannya.

Semalam pasaran emas kembali pulih dengan disokong oleh data perumahan US yang lemah. Jabatan perdagangan melaporakan, kadar perumahan jatuh 4.8%  untuk tahun ke tahun kepada 1.16 juta unit.

Pada kenyataan polisi bulan Julai, Federal Reserve turut menjelaskan kebimbangan mereka terhadap pergerakan inflasi yang bergerak perlahan walaupun mereka jangka akan mengurangkan penyata imbangan tidak lama lagi.

Pasaran emas sensitif dengan perubahan dolar US. Nilai dolar yang melemah akan meningkatkan permintaan terhadap emas kerana harga semakin murah untuk di beli oleh pemilik matawang asing yang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat