Kekal ‘Bullish’, EUR/USD Pacak Lagi 200 Pips Semalam!

120

Trend penyusutan US dolar berterusan sejak awal minggu, menyambung corak bearish tersebut pada penutup minggu lalu lagi ketika mengakhiri dagangan penghujung September.

Dengan data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan suram, akan terus menambah tekanan buat US dolar untuk kekal bergerak lemah menjelang laporan data pekerjaan NFP AS pada penghujung minggu ini.

Malah, jangkaan untuk pertambahan pekerjaan AS untuk bulan September juga lebih rendah berbanding Ogos. Tumpuan awal akan terarah dahulu pada data ADP NFP pada sesi New York malam ini yang mengukur sektor pekerjaan swasta.

Situasi penyusutan semula US dolar selepas mencapai rekod tertinggi 20 tahun, terus dimanfaatkan oleh Euro untuk terus memaparkan pergerakan cemerlang minggu ini walaupun sentimen ekonomi Eropah yang masih berisiko.

Jika diteliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, corak kenaikan harga jelas dipaparkan lagi pada Selasa semalam.

Kenaikan harian dicatatkan semalam sekitar 200 pips dari paras 0.98000 sehingga mencapai ketinggian pada zon pariti 1.0000 semula di penghujung sesi New York.

Kekal bergerak dalam trend bullish, harga masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Rabu), harga bergerak perlahan di sekitar bawah paras 1.0000.

Kenaikan harga dijangka bakal diteruskan lagi hari ini untuk melepasi zon 1.0000 tersebut sehingga mencapai paras ketinggian terbaru pada rintangan 1.01000.

Jika berjaya melepasi rintangan tersebut, harga berkemungkinan boleh meneruskan kenaikan sehingga ke sekitar 1.02400.

Namun, jika harga gagal tembusi zon pariti 1.0000, penurunan harga boleh berlaku semula dengan jangkaan awal untuk singgah ke paras 0.98800.

Untuk penurunan lebih rendah selepas isyarat perubahan trend bearish, akan mendorong harga menuju ke paras-paras tumpuan minggu lalu seperti 0.98000 dan juga 0.97000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat