Emas Terbang Tinggi, Makin Lebar Senyuman Pelabur!

363

Harga emas terus mempertahankan momentum pengukuhan ke paras tertinggi tiga minggu apabila kelemahan US dolar dan hasil bon AS yang semakin tidak terbendung.

Pada sesi Asia, spot emas menguat pada $1,723 per auns dengan niaga hadapan emas pula mendaki lebih tinggi pada $1,730 per auns.

Kenaikan harga emas menunjukkan kekuatan belian susulan pada hari Selasa selepas mencatat peningkatan yang kukuh pada hari Isnin.

Dagangan setakat minggu ini telah menyaksikan dolar Amerika susut secara mendadak, yang telah mendorong lonjakan harga buat komoditi.

Indeks dolar mencatat kerugian harian terbesarnya sejak Mac 2020 di tengah-tengah jangkaan kenaikan kadar faedah yang agresif oleh Federal Reserve (Fed) semakin berkurangan.

Walaupun begitu, gabenor Fed Philip Jefferson masih memberi isyarat bahawa bank pusat itu akan meneruskan kenaikan kadar faedah yang menegaskan bahawa inflasi kekal menjadi fokus utama mereka dan pertumbuhan akan terjejas dalam usaha untuk menurunkannya.

Data pekerjaan NFP AS yang akan dikeluarkan pada Jumaat akan menjadi petunjuk utama seterusnya bagi jangkaan untuk kadar faedah Fed.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat