Kena Subscribe FB & IG Untuk Cegah Fake Akaun

243

Meta mengikut jejak Twitter untuk membuka perkhidmatan langgan pada dua platform utamanya, Facebook dan Instagram.

Dalam pengumuman terbaharu, syarikat itu akan mengenakan bayaran $11.99 sebulan untuk web dan $14.99 pada iOS bagi perkhidmatan baharunya.

Zuckerberg menjelaskan negara pertama yang boleh menggunakannya ialah Australia dan New Zealand mulai minggu ini, dengan lebih banyak lagi negara akan menyusul ke hadapan.

Mengulas mengenai sebab pengenaan bayaran, beliau hanya berkata bahawa pengguna dapat meningkatkan keselamatan dan keaslian di platform mereka.

Dalam pada itu, jurucakap Meta menerangkan ciri baharu ‘Meta Verified’ akan melindungi pengguna daripada penyamaran.

Sebagai tambahan kepada lencana pengesahan (verification badge), langganan itu juga termasuk perlindungan akaun proaktif, akses kepada sokongan akaun.

Di samping itu, ia juga akan menyertakan penambahbaikan keterlihatan dan jangkauan seperti carian serta pengesyoran, di mana Meta akan menggunakan ID pengenalan seseorang untuk mengesahkan penggunaan pengguna.

Terdahulu, akaun yang disahkan atau Meta blueticks, telah diberikan kepada beberapa tokoh terkenal, terutama ahli politik, eksekutif, media akhbar dan organisasi.

Langkah Meta dibuat tidak lama selepas Twitter turut melancarkan perkhidmatan serupa dalam Twitter Blue, yang mana kemas kininya telah dilancarkan Disember lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat