Kenaikan EUR/USD Terhalang Pada Zon Tumpuan Harga 1.1900

505

Permulaan dagangan minggu ini menyaksikan corak kenaikan harga buat pasangan matawang EUR/USD berikutan penilaian pada polisi bank pusat Eropah (ECB) pada mesyuarat terbaru memberi kesan yang positif terhadap matawang Euro.

Data-data ekonomi Eropah pada sesi pasaran Eropah akan turut mempengaruhi pergerakan harga buat Euro. Menjadi tumpuan adalah data sentimen ekonomi Jerman tinjauan ZEW yang akan menilai kesihatan ekonomi terbesar di Eropah itu.

Sementara US dolar pula dilihat akan bergerak lemah ekoran pelabur akan lebih berjaga-jaga menjelang keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis.

Sentimen pasaran yang semakin pulih juga memainkan peranan dalam penyusutan US dolar ekoran permintaan semakin lemah terhadap matawang safe-haven dalam pasaran.

Kenaikan harga pada carta EUR/USD dilihat kembali menguji paras halangan 1.19000 pada zon SBR (support become resistance). Paras tersebut telah diuji pada lonjakan harga minggu lalu sebelum harga kembali bergerak turun semula.

Jika tiada perubahan sentimen, harga akan dijangka akan meneruskan kenaikan menuju zon tumpuan sekitar 1.19650 sebelum menguji paras resistance 1.20000.

Namun jika harga gagal melepasi zon SBR 1.19000 dan kembali menjunam semula di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, pelabur akan kembali menjangkakan perubahan trend bearish semula.

Penurunan akan menuju zon tumpuanpada 1.18000 sebelum menuju zon support lebih rendah pada 1.17200.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat