Kenaikan Harga Minyak Mentah Dorong USD/CAD Turun 100 Pips Dari Paras Tertinggi Mingguan

901

Kenaikan pada harga minyak mentah telah menyokong pergerakan harga bagi matawang dolar Kanada pada penghujung minggu.

Jika diperhatikan dolar Kanada bergerak lemah berbanding US dolar dengan corak kenaikan harga pada carta USD/CAD di pamerkan dari awal minggu.

Tindakan Arab Saudi untuk mengurangkan lebih banyak pengeluaran yang terbaru dilihat gagal untuk memberi impak ketara terhadap pasaran minyak mentah semasa.

Pelabur berkemungkinan menunggu perkembangan pembukaan ekonomi untuk tempoh lebih panjang bagi melihat kesan permintaan terhadap minyak mentah selepas ini.

Pada carta USD/CAD, harga telah membuat kenaikan sehingga ke paras tertinggi mingguan mencapai 1.41400 pada sesi New York semalam.

Namun harga kembali menjunam sehingga 100 pips melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) sehingga ke paras sekitar 1.40300.

Berada di bawah paras MA50, harga dilihat bergerak mendatar sepanjang sesi Asia hari ini dengan tumpuan terarah pada data jualan runcit Amerika Syarikat yang dijangka diterbitkan lemah.

Penyusutan berterusan US dolar akan mendorong harga pada carta USD/CAD turun lebih rendah menguji paras tumpuan pada 1.40000.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan harga akan menuju zon tumpuan sekitar 1.39500 dan juga paras terendah minggu pada sekitar 1.39000.

Destinasi penurunan yang seterusnya pula dilihat akan menuju zon support pada paras 1.38600 yang telah diuji pada dagangan penghujung April lalu.

Teliti data jualan runcit A.S pada malam ini dan pantau juga pasaran minyak mentah global yang mempengaruhi dagangan Loonie.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat