Kenanga Terjun Dalam Sektor Kripto, Beli 19% Saham Tokenize Malaysia

2,177

Kenanga Investment Bank menerusi syarikat milik penuh, Kenanga Private Equity Sdn Bhd dalam laporan terbaru mendedahkan telah menandatangani perjanjian bersyarat untuk memperoleh 19% saham Tokenize Malaysia.

Pemilikan tersebut bertujuan untuk meningkatkan lagi agenda pembeli aset digital.

Untuk pengetahuan, Tokenize Malaysia mengendalikan Tokenize Xchange, platform pertukaran atas talian bagi jual beli matawang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum, beroperasi sepanjang tahun.

Bagaimanapun, laporan tersebut tidak disertai dengan jumlah sebenar yang dibayar Kenanga Private Equity dan daripada siapa saham itu diperoleh.

Tokenize Malaysia merupakan salah satu daripada tiga pertukaran kripto yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan merupakan pertukaran kedua terbesar di Malaysia berdasarkan saham pasaran yang didagangkan.

Pada Jun 2019, Tokenize Malaysia telah diberikan status pengendali pasaran yang diiktiraf (Recognized Market Operator, RMO) oleh SC dan platformnya, Tokenize Xchange mula disiarkan secara langsung pada April 2020.

Pengarah Urusan Kumpulan Kenanga Investment, Datuk Chay Wai Leong berkata buat masa sekarang pihak mereka sedang menggiatkan lagi ekosistem digital bagi menawarkan pelanggan mereka spektrum produk dan perkhidmatan kewangan yang pelbagai termasuk aset digital.

Sementara itu CEO Tokenize Malaysia, Hong memberitahu bahawa perkembangan teknologi di sebalik aset digital semakin mampan dan pertumbuhannya di masa hadapan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Tengahari tadi, harga saham Kenanga Investment meningkat sebanyak 9 sen (5.52%) kepada RM1.72 dengan permodalan pasaran mencecah RM1.23 bilion.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat