Kenapa Harga Minyak Petrol Malaysia Berubah Tidak Mengikut Harga Pasaran Dunia?

3,507

Kalau harga minyak mentah dunia turun, kenapa harga minyak petrol Malaysia naik? Soalan ini pasti ditanya setiap kali berlaku perubahan harga minyak. Apakah punca sebenarnya yang mengerakkan harga minyak kita?  Kenapa kita tidak ikut pergerakan harga minyak brent yang jadi ukuran pasaran dunia?

Fakta yang perlu kita jelas, minyak mentah berkualiti tinggi di Malaysia yang di kenali sebagai Tapis Crude Oil akan di eksport ke luar negara kerana harganya lebih tinggi dan mudah di proses.

Jadi bagi memenuhi pasaran dalam negara, syarikat-syarikat minyak seperti Shell, Petronas dan lain-lain terpaksa mengimport minyak daripada luar yang telah siap di proses (refined oils) dan harga refined oils ini diukur berdasarkan Mean of Platts Singapore (MOPS).

Berdasarkan fakta di atas, kita boleh simpulkan bahawa perubahan harga minyak Malaysia adalah di sebabkan oleh dua faktor utama iaitu Mean of Platts Singapore (MPOS) dan kekuatan ringgit Malaysia.

1. Mean of Platts Singapore (MPOS)

Harga minyak Malaysia akan diukur berdasarkan MPOS dan kebiasaannya lebih mahal dari New York Mercantile Exchange (NYMEX) dan London stock exchange (LSE) sebab harga di sana adalah harga minyak mentah (Crude Oil), manakala harga MPOS harga minyak yang telah di proses (refined oil).

Contoh, untuk petrol RON95 di kenali sebagai MPOS95.

2. Ringgit Malaysia

Kekuatan matawang Malaysia juga memainkan peranan penting sebab minyak yang di dagangkan di Singapura (MPOS) adalah dalam USD. Sekiranya ringgit lemah berbanding USD, kita terpaksa membeli minyak import dengan harga yang lebih mahal.

# Formula Harga Petrol

Kiraan harga petrol menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) 1983:

Harga Petrol = Kos Produk (MPOS) + Kos Alpha (Beza harga Platss dan harga belian syarikat minyak) + Kos Operasi (Pengangkutan & pemasaran) + Margin (Untung syarikat dan stesen minyak) + Cukai Jalan

# Empat cara untuk menjangkakan arah pergerakan minyak Malaysia berdasarkan MPOS dan Ringgit

  1. MPOS naik, Ringgit sama = Harga Minyak Naik
  2. MPOS sama, Ringgit kuat = Harga Minyak Turun
  3. MPOS turun, Ringgit sama = Harga Minyak Turun
  4. MPOS naik, Ringgit lemah = Harga Minyak Naik

Jangan Lupa LIKE dan SHARE. Moga Bermanfaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat