News Besar Bank of England, GBPUSD Junam 80 Pip

50

Bank of England (BoE) dalam penetapan polisi monetari pada Khamis mengekalkan kadar faedah di paras 0.25% dengan undian 6-2 yang sejajar dengan jangkaan pasaran.

Ian McCaffertty dan Michael Saunders mengekalkan pendirian mereka untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Ramalan terbaru BoE menunjukkan jangkaan ekonomi yang semakin merosot sejak Mei apabila inflasi meningkat lebih pantas daripada kenaikan pendapatan yang mengurangkan perbelanjaan pengguna.

Bank pusat melihat kelemahan Sterling dan pertumbuhan ekonomi global melonjakkan eksport UK, namun ketidaktentuan dalam rundingan Brexit masih menyelubungi ekonomi.

BoE juga menjangka proses Brexit yang lancar di mana ramalan terkini pertumbuhan ekonomi UK diturunkan kepada 1.7% tahun ini dan 1.6% pada 2018 dari 1.9% dan 1.7% sebelum ini.

Tidak banyak yang berubah dalam ramalan inflasi kali ini berbanding pada Mei.

Terdapat juga jangkaan kenaikan inflasi domestik secara perlahan-lahan dalam tempoh ramalan, tetapi pergerakan melebihi daripada 3% akan bergantung kepada kelemahan Sterling.

Bank pusat menurunkan ramalan pertumbuhan pendapatan yang mampu mengurangkan tekanan ke atas terhadap inflasi dalam masa terdekat.

Retorik keseluruhan dalam kenyataan kali ini dinilai sebagai ‘dovish’ dengan tidak banyak bukti yang menunjukkan bank pusat akan mengetatkan kadar faedah dalam masa terdekat.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat