Kenapa Sekarang Ni Banyak Iklan Kripto Pada Siaran Sukan?

262

Seseorang peminat sukan mungkin sedar kemunculan jenis iklan baharu di skrin tepi gelanggang dan akaun sosial media atlet sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Melalui analisis Bloomberg, syarikat mata wang kripto membanjiri dunia sukan dengan dana penajaan berjumlah $2.4 bilion kepada pemasaran sukan dalam tempoh 18 bulan yang lalu.

Bukan itu sahaja, Bloomberg menyatakan bahawa pelbagai jenis liga, pasukan dan pemain telah mendapat manfaat daripada bonanza penajaan.

Misalnya, Dallas Cowboys, Golden State, Warriors dan New York Yanker, Kevint Durant, Christiano Ronaldo dan Drone Racing League semuanya mempunyai tawaran mata wang kripto.

Di samping itu, tujuan penajaan dan iklan tersebut adalah bertujuan untuk melibatkan lebih ramai orang memasuki pasaran mata wang kripto, seperti pelabur sedia ada atau menarik sebahagian kecil daripada rakyat A.S yang sudah dewasa.

Hal ini kerana, tinjauan Pusat Penyelidikan Pew September 2021 menunjukkan hampir 9 daripada 10 rakyat Amerika pernah mendengar tentang mata wang kripto, tetapi hanya 16% sahaja yang melabur atau berdagang dalam aset digital tersebut.

Tambahnya lagi, Pew mendapati lelaki berumur 18 hingga 29 berkemungkinan menggunakan mata wang kripto kerana matlamat generasi zaman sekarang adalah untuk membuat pelaburan jangka masa panjang serta menganggap mata wang kripto akan menjadi salah satu perkara yang penting pada masa hadapan.

Diterangkan juga, kemerosotan baru-baru ini dalam pasaran kripto mungkin tidak dapat membantu meningkatkan lagi jumlah pelabur kerana semasa musim bunga dan awal musim panas, syarikat mata wang kripto kehilangan $2 trilion di tengah-tengah peralihan pasaran.

Secara konteks, kemerosotan teruk dalam pasaran kripto tahun ini akan menguji kesanggupan serta keupayaan kebanyakan syarikat untuk terus melabur wang di liga, pasukan dan atlet termasuklah pemilik francais terkemuka akan melihat kripto sebagai salah satu faktor dalam kemajuan sektor sukan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat